if u click here, i really appreciate it. :)

Friday, January 31, 2014

Wah lamanya tak menjengah ke sini..

Sungguh2 lama x menjengah ke sini. bukan tak ingat. tapi sekarang sibuk dengan blog baru. blog yg direka khas (kunun) untuk tugasan subjek e-commerce. Blog untuk jualan online. Di blog tu saya hanya letakkan produk2 untuk jualan. kebanyakannya saya buat dropship dan jadi agen. so..dah alang-alang tu carilah peluang untuk jana side income kan. ALhamdulillah..ada la juga yg membeli.. Pemarkahan walaubagaimanapun bukanlah bergantung kepada jumlah barangan aau keuntungan yang didapati dari jualan online tu. tapi melalui jumlah viewers  yang datang menziarah. jadi kawan..tolonglah saya dalam pemarkahan untuk tugasan ini ye.. Jenguk2lah blog saya tu. Tak membeli pon takpe. buka dan terus tutup pon takpe.. janji ade count viewers di situ..hehe.. nak markah tinggi kena la promote untuk org mai masuk blg kita.

Ni link ke blog baru saya (tapi blg ni tetap dihati dan akan tetap diteruskan dengan post2)
~ basemhijab

So, hari ni dah masuk Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai kepada sahabat2 saya yang menyambutnya.

Here's song for today.

Bantulah Aku Melawan Nafsu

Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com


Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

Dalam kehidupan sehari-hari, kita takkan terlepas dari godaan hawa nafsu. Hawa nafsu ni jika dikut badan akan jadi lesu. betul tak?? Allah, moga Kau terima taubat kami dan amal kebaikan kami buat bekalan di akhirat kelak..

Sudah maghrib. Jom solat dulu..

Monday, October 28, 2013

Nisa' Back To School (BTS)

Inshallah..dalam bulan Disember nanti Nisa' Malaysia akan turun ke negeri-negeri sebelah utara untuk program Nisa' Back To School.. Antara negeri-negeri yang  terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Inshallah juga seramai 50 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada anak yatim dan faqir miskin akan kami pilih untuk menyertai program ini.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan, anda bolehlah hubungi wakil di Nisa' Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan juga Nisa' Malaysia..

Friday, August 30, 2013

FROM MATA AYER TO HO CHI MINH CITY!

Day 1 
20 ogos 2013 (Selasa)
From mata ayer, naik train ke Kuala Lumpur. Harga tiket Rm42. Kelas 2. Tempat duduk ok. Tmpat letak bag pon ok. Pastu kitaorg mkn kat cafe atas train. Nasi goreng, mee goreng, roti cheese dan mineral water 2 botol total to rm17.50. Hurm...mahai jugak mknan atas train. Hohoho. Tp mkn kat cafe dia best jugak. Org pon x ramai..rasa relax ja..hee..


Ni hah tiket train..


Naik dari koi 7.30 pm sampai kl centre dlm koi 7.30am gitu laa... 

Pastu turun train, gi toilet dan makan.. hehe..
Ni breakfast kat kl centre..harganya rm 5.9 satu set..fuh fuh..breakfast kl style la sgt...adeii

Travellers posing kat stesen train sblm naik train..beg da sama saiz dgn tuan dah haih..fufufu...

Day 2
21 ogos 2013 (rabu)

From kl centre kami naik komuter pi Ukm. Umah kak ayu. Lupa nak snap tiket komuter..hihi..perlu kah? 

Mcm first time naik komuter plak..Haha..budak syiqah tu yer la first time naik. Train, Komuter, esok kite naik flight plak ye syiqah! Hehe.. time snap gambaq2 kami dlm komuter abe kat sebelah tu senyum je..hihi.. tak malu betoi la kami ni. 

Good morning KL!

Dalam jam 10pg sampai di Bandar Seri Putra, apartment villa vista (yeke)..aduss.. kesan ubat mabuk dah habis, jd apalagi..tido sambil menonton..

Petang
Kira2 jam 5ptg kitorang keluar dgn kak yu. Ambil Adam, ambil Abi adam, dan ambil Usop. Ramainya penumpang. Hehe..pastu diorg bw kmi g tukar duit kat Warta* kot nama tmpt tu.. hah ini satu kejadian yg memeningkan kepala berlaku..

Tukar duit dollar 2oo duit vietnam 2juta.
Masa dah dpt duit tukat tu x kira betoi2..sibuk nak membahagi duit tu. Aku 100dolar, kau 100 dolar. Alkisahnya duit dolar dia bagi 2 keping 50dolar dan 5keping 20dolar. Mcm mn nak bahagi 5kpg 20dolar tu pd 2 org..hurm..pastu balik umah..kira balik..aik short 50dolar ni.. 2kali kira.. adus.. terus telipon org kedai tu bgtau kurang 50dolar..nasib baik dia suruh p kedai dia balik. Pi la dgn Aben. Ms tgh on the way ke sn, hati ni asik dok fikir..kenape la dia bg duit tak cukup patut dia bg duit 20 tu 10 keping..hurm... Aeh..duit 20 ade 5 keping. 20 darab 5 sama dgn.. alamak..aku la yg silap.. adusss...betoi la aku ni asik fail saja kira2 matematik.. macam mana boleh pi kira 20 darab 5 dapat 50..aisey...mmg menyusahkan..haih!

Pelan2 bgtau aben, dan call balik kedai tu..bgtau aku silap kira..alhamdulillah.. lega kepala otak aku. Naseb blom sampai kat sn lg..kalo tak buat malu ja..hahaha.. kawan2 semua mungkin anda tak tahu. Tapi ini adalah antara kesan dari penyakit mabuk kenderaan yg saya alami selama saya hidup. Penin kepala, kurang rasional, kalot dan seringkali tersilap dalam membuat perhitungan. Penyakit yg agak serius..terpaksala bergantung dgn ubat utk perjalanan nnt..huhu
Blom sampai vietnam dah macam2.

Day 3
22 ogos 2013 (khamis)

It's today i start writing this note. Haha.
Ok. Breakfast dah. Beg siap. Mekyu plak bg beg tambahan warna perpel. Sekarang..tgh tgu telifon2 dicas. Alamak..sakit perut, sakit kepala.. aisey..jgn la dok buat naya diri sendri lg hari ni.. Allah semoga Kau merestui perjalanan kami ini.. ok. 

To be continue! .....

4:29pm 
Akhirnya berada di dalam flight. Terbang dgn AirAsia.. 
Dijangka tiba jam 3:20pm waktu sana. 
Hurm..i dont know what the time now. Since my phone clock (waktu malaysia) cepat entah brapa minit dr waktu sebenar.. owh..nak landing dah..

LCCT, KL

Merentasi lautan
Owh..bandar2 di vietnam
Dah medarat!

To be continue again...

Wah..gemuruhnya berada di atas pesawat. Skang dah landing dgn selamatnya. Alhamdulillah..

Mula2 skali turun trus cari toilet. Ops. Air xde la dlm toilet die.. dah la x de mineral water(kene rampas ms kat lcct sblm boarding). So i cancel msuk jamban. Sanggup menahan dr tak berbasuh nnt. X reti pakai tisu. Huhu..

Pastu turun dan trus ambil beg2. Beg syiqah dah rosak talinya..baru beli kt padang sblm mai ni. Nasiblah syiqah..mmg diorg men campak2 saja beg kt ni..

Afterwards, kami trus jln kuar dan pegi tukar duit kecik2. Duit dong la. Dekat money changer tu pon ade jgk servis teksi. Jd tanpa fikir pjg kami ambik la teksi p hotel) nama teksi tu comfot savico. Takut jgk kena tipu. Huhu..total harga teksi VND200k. Mahai tu.. yg dok baca kat blog2 dlm vnd135 gitu saja.. tp x pelah, x nak berkisah sgt bab teksi ni. So bermula la perjalanan kami di Ho Chi Minh City. P hotel je pon..

Sampai kat hotel, check in x byr deposit. Cuma dia ambik passport km. Hurm..ok.
Pastu trus naik hotel dan rest..

Well..x la rest sgt. Hati ni tegedik2 nk jln2 n mkn2.. haa.. turun la kami mencari mkn..sambil jln2..

 Makan2 di restoran serai..

Syiqah makan nasi goreng tomyam la sgt..

Ni beef noodle vietnam..sedap jgk.

Total makan 2 org dgn menu ini..

Pastu kami jln2 kat pasar mlm..jumpa kdai rohani jual baju kurung manik, telekung dab kain2 psg. Depa ni bleh ckp melayu..ok laa..

Ms kat pasar mlm dah beli baju tradisi vietnam..nama apa tah. Vnd600k.. Mahai gila! Huhuhuu...takpelah..dah mmg niat nk beli pon..

Bila dah penat jln..trus blk hotel..menulis dan tido..

Day 4
23 ogos 2013
Crap! I suddenly want to go home! Celik mata saja terus ingat nk balik.. bukan pa..rasa lemas plak dok sini dikelilingi org2 asing. Hurm... Harap2 hari ni lebih baik.. 

Awal pagi call operator mintk iron dgn kettle. Kettle dia bagi. Iron rupanya diorg ironkan. Servis berbayar ok. Kmi x tau..trus bg. Igtkn kn bg tip je. Rupanya time dia antar trus dia mntk 50,000 dong.. aigoo.. satu helai 10,000 dong tu.. 
Sekali lg syiqah x puas hati dgn hasil ironingnya tudung.. depa x pakai tdg syiqah..mn la reti iron tdg..huhu

Kami keluaq dah dekat jam 10 waktu malaysia (waktu vietnam lewat kurang 1 jam jd dlm pukul 9 la kat sn). Hari ni jln2 dan servey harga. Mula2 kmi cari kedai Hong Anh. 


Bangunan putih tu kedainya..betul2 di bucu jalan ni. Sini byk skuter dan kenderaan2 pelik. 

Msuk kedai tu byk baju2 kurung, jubah, halfmoon, shawl dll.. beg, baju ksual, kast pun ade. 





Oleh sebab nak tgk harga dan servey brg2 kedai dulu, kami x beli apa2. Ni dah keluar dari kdai tu kami seberang jlan mencari kedai Hong Anh yg satu lg. Rupanya kedai yg satu lg tu dekat saja dgn hotel kami..

Kat kedai satu lagi brg yg di jual sama sj. Cuma mcm byk lg koleksi2 muslimahnya spt baju kurung, tdg, telekng dll..

Habis di Hong Anh, kmi jln lg ke arah Ben Tanh Market. Jalan2 jumpa kedai nama Lynda Collection, sebelah je dgn Restoran Serai smlm. Byk jgk koleksi baju kurung cotton dan lycra sni. Akhirnya tlah membeli satu baju kurung cotton yg takde manik..wah.. rm40 sj. Ni diskaun lpas bli banyak2 ok. Hehe

Kmi jalan lg mencari telekung dan lain2. Kedai Basyirah harga telekung ada yg murah ada yg mahai.. dah byk kedai ni servey harga telekung tp x da yg betoi2 murah lg.. pastu kmi p mkn kat kedai Hajjah Basyiroh. Nama kedai sm tp satu juai pakaian satu lg kdai mkn. 




Pas makan2 sini kami pusing lagi..dan akhirnya masuk ben tanh market.. tgok kain cotton mulah2.. haha. 

Penin dok dlm ben tanh.. cepat2 ajak syiqah keluar..x dan habis pusing pon dlm ben tanh. Penin dah kepala.. ramai sgt pegang2 tgn sentuh2 bahu..kakak kakak..

Pastu kmi blik hotel..rehat..ptg tu keluar lg..

Ms keluar ptg trus beli kain telekung kat kedai area Basiroh tu (sebelah nya kot) ok la.. kami duk kelas telekung dr ptg sampai mlm. Ada jg jmp grup2 malaysian yg lain. Yg dr perlis pon ada. Yg rajin sembang, sembang la jgk.. yg menyombong ada jgk besa laa...

Bila kluaq dr kedai tu kami angkut telekung balik bilik dlu. Pastu kluaq pulak..jalan2 kat pasar mlm lg..huhu.. 

Day 5
24 Ogos 2013

Pagi ni keluar awai. Terus mask Ben Tanh Market dan membeli kain cotton utk mekyu dan kami.. byk kain yg km beli. Naseb baik auntie tu bleh hantaq ke hotel.

Sms tgh pilih2 kain tu, pekerja kedai sebelah dok tayang2 baju2 dia.. haish.. siap mai dok peluk2 kita lg bg cdgn kain2 cotton yg elok2..haish.. pastu dia bisik nnt kakak mai beli di kedai saya tau.. amboih!

Last2 aku terbeli jgk sehelai blous dgn pashmina. Bole la.. ms tgh dok kira duit..di pau nye aku oleh budak itu rm1.00 bg laa aku..hehe saja nk buat baik dgn depa. 


Inilah budak vietnam yg dah mempau aku rm1 tu..haha.. mlm ms jln2 kat pekn jmp dia dlm kdai serbaneka. Ms tu nk beli mineral water. Serius hanya vnd6000 sj beli mineral water kat sini. Berbanding harga di restoran vnd 10,000 paling murah..huhu.. ok ms jmp bdk ni, aku plak pau dia blanja air mineral tu.. dia pon ok ok i buy for you.. ok ok.. you take this. Wah..alhamdulillah..2 botol dia bayarkan..nampak tak pusingan rezeki Allah bg tu. Ehehehe...

Afterwards we jalan2 at pasar malam. Syiqah nak beli beg. Luggage kmi dah terlebih beg dan terlebih berat..jd tambah la 1 beg kecik & terpaksala mengadd-on di airasia jgk huhuu..mmg habis duit betoi la mai sni.


Eh ni gambar dalam Ben Thanh laa..




Day 6
25 Ogos 2013

Hari ni mengemas beg2. Pastu kmi cdg nak jalan2 saja kat area sini. Plan nak mai dulu mcm2. Chu Chi Tunnel, Mekong River, melawat bangunan2 cantik di Saigon.. harem...satu pon x jd.duit dah kering, beg pon dah full. So..nak penuhkan memory telifon dgn gambar, gambar and MORE gambar!









Anjing pakai baju tgh membuang pon menarik ka? Hehehe..








Masa tgh kami berehat2 sambil minum air di park dekat area Ben Thanh tu, tiba2 ada seorang pakcik lari2 mengejar seorang lelaki sambil menjerit2 dlm bahasa yg x kmi faham. Kami terkaget x tau kenapa..lelaki tu lari x jauh dari kami dan terus naik motosikal yg di pandu sorg lg lelaki (mgkn kwnnya).. dan pakci itu terus mengejar mereka.. Ya Allah! Pakcik tu kena ragut! Bergetar seluruh badan kami melihat kejadian tu.. ini kali pertama menjadi saksi kes ragut. Slalu tgk dm utube dan tv sj.. huhuhu...

Lalu seorg lelaki cina, tya kat kmi.. apasal? Owh.. malaysian rupanya.. kmi pon cerita la dgn kepohnya.. wah wah wah.. semput cek. Looks like nothing and no one is doing anything to help him.. kasian pakcik yg kena ragut tu..

Tgh kmi menenangkan fikiran.. tiba2 dgr plak bunyi praaaakkkk!!! Dari jauh.. semua orang berlari menuju ke arah bunyi tersebut.. Ade pokok besar tumbang! 

Kami yg tgh dlm shock akibat melihat kejadian ragut, menjadi bertambah shock dgn kejadian pokok tumbang?

Melihat semua org berkejar ke sana, kmi pon pi join sama.. hehe.. dlm dok shocking tu.. bile dekat baru perasan..tempat pokok tu tumbang betoi2 dekat tmpt yg kmi dok asyik bergambar td.. Ya Allah.. andai kami masih duduk2 di situ waktu pokok tu tumbang.. 


Tengok pokoknya di nomborkn. Salah 1 pokok kt sni la yg tumbng.



Besarkan pokok yg tumbang tu. Akarnya juga terkeluar dari bumi.. angin rasanya x de lah kuat mn.. haish!

Lepas mengalami 2 kejadian ni serentak, kmi pon buat keputusan utk balik bilik..

Tgklah..kalu rajin kami kluar la lagi..huhu..

Malam.

Kat sini ramai sangat org yg menjaja bawa anak kecik, orang tua, kurang upaya.. kesian tengok sebenarnya..tp bila nak beli barang depa mcm ... Mahai sangat kot dari harg sebenar. Kadang2 rasa mcm diorg ni ambik ksempatan saja. Tp, rata2 mereka rajin cari duit. Mengelek barang jualan ke sana sini.. terpaksa menahan buat muka tebal utk mencari rezeki..wah.. mmg respek habis kat depa ni. 

Kebanyakan org vietnam mmg sgt peramah, dan mudah senyum. Muka depa selalu ceria walaupon keletihan.. 

Malam ni mlm last kmi jalan2 kat sini. Jd perabih2 la duit2 dong yg ada. Dollar sesen pon x guna hampeh.. x tukr pon x pa.. takpa2 merasa gak pegang duit mahai ni. Haha..

Menu mlm terakhir disini..

Hehe..mai sini mmg mkn mcm org kaya lah.. haha..

I am going back tomorrow. Don't know when i'll be back here again.. : )

Dah..jom tido!

Day 7
26 Ogos 2013

Hari last. Nak balik dah kejab lagi. Utk mengetatkan perut, makan megi saja. Malas dah nak keluar makan2.. huhu

Semoga Allah menjaga kami di sepanjang perjalanan pulang nanti..tak sabaqnya nak balik..tapi jauh lg perjalanan ni.. huhhuu...

10.28am
Waktu Malaysia

Dah sampai di airport.. weee...



Awat monyok, tak mau balik lagi ka cik kak?


2:52pm

Ok skang dah masuk dlm flight. Flight lambat.. haish.. duduk sebelah sami vietnam plak tu..aish..k. boarding..

Goodbye Ho Chi Minh City, Goodbye Saigon, Goodbye Vietnam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...