if u click here, i really appreciate it. :)

Wednesday, May 12, 2010

"A Trip to Gunung Jerai"

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan para pengikutnya sekalian. Alhamdulillah, hari ini telah sembuh segala kesakitan di urat-urat kaki yang telah 2 hari sakit dan kembang setelah turun dari gunung Jerai.

Mulanya saya tak bercadang nak jalan. Masa Ustaz tanya pun, memang jawab tak nak. Tapi sebab sahabat saya sorang ni beriya-iaya nak jalan kaki, jadi kenala ikut. Takkan nak duduk dalam kereta sorang2 dengan driver muslimin plak. Adeh.. Kang timbul fitnah tak pasal jer.

Bertolak ke Gurun, Kedah seawal jam 8.00pg (sepatutnya 7.30pg, tp ade la sorang hamba
Allah ni lambat dan telah melambatkan semua orang.. hihi) Kami konvoi dengan 3 buah kereta dan sebuah bas (coaster). Belakang kereta sarat dengan barangan dapur dan peralatan memasak, terfikir jugak, camana ek nak bawa barang berat2 ni naik gunung? Boleh ke? Kereta ni dah la mcam bermasalah jer. Camana jalan nak naik gunung tu? Luas ke? Kereta bleh naik ke? Bas boleh ke? Ish.. macam2 lah persoalan hati yang tidak diucapkan. Maklumla, orang tak pernah pi gunung Jerai.

Setibanya di kaki gunung (time tengok gunung tu teringat sebuah novel bertajuk "Seorang tua di kaki gunung") hanya 2 buah kereta sahaja yang mampu naik. Jadi, sekali lagi semua barang2 dalam kereta yang satu tu, di masukkan dalam kereta lain. 2 trip untuk angkut barang. Adik2 peserta jalan kaki je panjat gunung. Kami sebagai tukang masak kena lah naik atas dahulu dengan kereta. Hehe, memang kalu bleh tak nak pon jalan kaki.. Malas.. Haha..

Berjalan kaki selama 4 jam (12 km) akhirnya mereka pon sampai ke tapak perkhemahan. Bukan mudah juga nak memanjat naik ni, walaupun hanya berjalan kaki. Kepenatan itu hilang sebaik sahaja kami menghidangkan makanan dalam talam. Nasi putih + sambal sardin + telur dadar gunung jerai (telur dgn resepi special). Tapi maaf lah adik2 ye, tiada air ais..



Sangat seronok berada di atas gunung (walaupun terasa bahang kepanasan). Sesekali tapak perkhemahan kami di tutupi oleh awan petang yang lembab. Nampak macam kabus2 gitu. Sebelum malam menjelma, semua peserta di minta kerjasama untuk mencari kayu api bagi membuat unggun api.

Suasana malam hari lebih indah lagi. Bintang2 memenuhi dada langit dan awan-awan kelabu berarak di angkasa. Dari tapak perkhemahan, kami dapat lihat kawasan perkampungan dan pekan2 kecil di bawah gunung yang masih bermandikan cahaya lampu menunjukkan malam masih awal untuk orang-orang kampung tidur. Wah.. masih terbayang sayup2 keindahan malam itu.

Di atas gunung tiada bekalan eletrik. Juga tiada kemudahan air paip JKR. Yang ada hanyalah air gunung yang dialirkan menggunakan paip. Jadi alhamdulillah, kami dapat menikmati air gunung yang segar untuk mandi-manda dan makan-minum.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di atas puncak gunung Jerai sangat memberikan pengalaman yang baru bagi kami, terutama sekali pesertalah. Bersemangat je tengok adik-adik ni buat public speaking, meluahkan rasa, berkongsi pendapat dan bekerja sama. Mungkin makan dalam satu talam secara jemaah telah mengubah persepsi diorang tentang sisi lain kehidupan ini. Sinilah tempatnya untuk mereka mempraktikan apa yang mereka dapat daripada usrah-usrah yang mereka hadiri selama 2 semester di PTSS dan sejauh mana kefahaman mereka tentang apa yang cuba kami bawakan kepada mereka.

Alhamdulillah, walaupun masih ada kekurangan tapi adik2 ni sudah terbentuk fikrah mereka. Bukan semua orang dapat menerima fikrah Islam ni. Dah ada fikrah pon belum tentu lagi diorang akan sanggup mengalasi bebanan dan tanggungjawab sebagai seorang ahli.

Jadi, harapannya semoga apa sahaja yang kami buat dan ilmu yang kami kongsi bersama-sama akan diterima oleh Allah sebagai amal yang soleh buat bekalan kami di akhirat kelak. Malam itu hujan lebat turun dengan kuasa Tuhan. Bermulalah episod tidur dalam basah hujan dan kesejukan yang teramat dek kerana khemah yang dibanjiri air titisan hujan...

Mase balik pon tiba. Seleaps menunaikan solat jamak zohor dan asar berjemaah, kami buat sedikit warm up dan perjalanan pon bermula. Agak segan berjalan kaki menuruni gunung yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan memakai jubah labuh dan bertudung labuh ni. Hmm.. maklumla orang yg tidak merancang nak jalan kaki, sehelai track suit pon tak bawa. Apetah lagi kasut sukan. Selepas separuh perjalanan, kaki sudah mula membiasakan diri. Kasut juga sudah hampir kopak dan melecet tapaknya. Tetapi perjalanan perlu diteruskan..

Sesekali hati ini terubat apabila melihatkan keindahan alam yang terbentang luas di hadapan mata. Bukan semua mata mampu melihatnya, dan bukan semua hati mahu bersyukur setelah melihatnya. Alhamdulillah. Teringat plak mase zaman sekolah dahulu, berjalan kaki dari Kangar balik ke rumah (jarak lebih kurang 10km) time tgh hari petang camni sorang2.

Sesampai sahaja di kaki gunung, benda pertama yang saya pegang adalah ---> kucing.. Hee hee.. kebetulan kucing tersebut sedang berehat2 di samping RG8575 yang di tinggalkan sendirian di tepi kaki gunung tu. Aik mane peginya drebar tak bertauliah ni? Kot ye pon nak tinggal keta kat situ, parking le elok2.. Hmm.. takpelah keretaku memang setia menunggu..

"Erm.. nti, nak bagitau.. kunci kereta tu, buah yang tergantung tu, buah ape tah? Strawberry, haa.. buah tu dah patah.. hehe"

"APEE???"



Kawasan air terjun di atas gunung (sejukk!!) musim panas jadi air kurang


pemandangan dari atas gunung (tgh hari ni tp gambar org tak clear)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...